Mengapa Belajar Bahasa Inggeris

Malay Language

….kecerdasan ialah salah satu sifat yang dikagumi oleh golongan lelaki dan wanita dalam kelompok jantina mereka sendiri atau jantina yang berbeza. Perbualan anda menjadi asas yang diguna oleh orang lain bagi menilai kecerdasan anda. Untuk mempunyai ramai kawan anda mesti menjadi orang yang pandai berbual. Floyd L.Rush – In Phychology and life.
Kepada para pelajar,
Mari kita lihat apa kata British Council tentang Bahasa Inggeris. Anda boleh dapati maklumat ini daripada website mereka. Kami lampirkan di sini untuk tatapan anda.

Bahasa Inggeris mendapat status rasmi atau istimewa sekurang-kurangnya di tujuh puluh lima negara dengan jumlah populasi 2 Billion.

Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama/ ibunda oleh 375 juta orang dan digunakan sebagai bahasa kedua oleh 400 juta orang lagi.

Pengguna yang mengggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua adalah lebih ramai daripada kelompok yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama/ ibunda.

Lebih kurang 750 juta orang dipercayai menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing.

Satu perempat populasi dunia bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik; permintaan daripada tiga perempat lagi semakin meningkat.

700,000 orang datang ke UK setiap tahun untuk belajar Bahasa Inggeris. Mereka menghabiskan antara 800 juta sehingga satu billion pounds untuk tujuan ini.

Untuk kemudahan Tuan/Puan, kami menawarkan pembelajaran dalam bentuk Video DVD / Audio CD dan buku-buku yang mudah dibawa ke mana jua. Untuk kemudahan anda juga, kami menawarkan empat pilihan tahap Kursus Bahasa Inggeris ini.